Sejarah Adams (kumpulan nasyid)

Kumpulan Adams di Ulu Yam sekitar tahun 2000

Pada mulanya Adams dianggotai oleh 6 anak muda yang rata-ratanya pernah terlibat secara langsung dalam industri nasyid sebelum ini yang mana ia telah dipertemukan dan digabungkan menerusi saudara Yasin daripada kumpulan Brothers yang juga bertindak sebagai penerbit dan pengurus Adams ketika itu. Mereka ialah saudara Azroul Shahrain, Muhammad Arrif, Shahrizal Mohd Ross, Akbar Azmi, Mohamad Rizal dan Irwanyzan. Azroul merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Saf Alternaf manakala Rizal pernah bersama kumpulan Putera dan Gema Mujaddid. Namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila 4 daripada mereka menarik diri dan membawa haluan masing-masing walaupun ketika itu penerbitan album pertama Adams hanya menanti saat untuk dipasarkan.

Bermula dengan penarikan saudara Irwanyzan pada pertengahan bulan April 2000 yang berhijrah seketika masuk menggantikan saudara Yasin sebagai vokalis kumpulan Brothers sebelum membawa haluan sebagai artis solo (MIG Records), diikuti saudara Akbar Azmi yang meneruskan perjuangan bersama Brothers manakala Shah dan Rizal menarik diri untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing. Irwanyzan sebagai artis solo pernah muncul dengan album berentak pop, menampilkan lagu-lagu seperti Kau Pergi Jua dan Bila Kau Tersenyum. Beliau turut diingati sebagai bekas kekasih pelakon Lisdawati sebelum hubungan mereka retak, dan Lisdawati berkahwin dengan pelakon Fauzi Nawawi. Akbar bersama Brothers muncul dengan album Untukmu Teman dan Brothers Reunited, dan selepas itu beliau muncul dengan album solo berentak hip hop, berjudul Alpha, menampilkan lagu-lagu seperti Manusia Lupa dsb.

Azroul dan Arrief terus bersama Adams dengan ahli-ahli baru seperti Muhamad Sallehuddin (Dien), Johan Amri (Joey) dan Md. Rashid Johani (Sheed).

Dari kiri: Azroul, Shah, Akbar, Rizal, Irwan, Arrif

Berkaitan